kalamullah

Monday, May 28, 2012

Segenggam Tabah


Ya Allah, Ampunkanlah aku kerana menafikan hati ini.
ampunkan aku kerana menyiksa jiwa ini

Ya Allah
Sesungguhnya... Amat berat ujianMu
Namun aku tetap menerimanya dengan hati yang redha

Ya Allah
Masih bersisa duka lalu
Kini hadir luka baru... menghiris dalam ke atmaku
Bukan aku merungut
Cuma ingin ku adu.. Resah dadaku

Ya Allah
Sungguh ku tak mampu membasuh luka itu dengan air mata kurniaanMu
Bukan kerna ku tak mensyukuri kehadirannya
Namun luka ku itu terlalu pedih untuk ku basuh sekarang
Biarlah luka itu kering dahulu
Kemudian akan ku basuhnya dengan jernihnya air mataku
Dalam sujud ku padaMu


Ya Allah
Ku mohon padaMu
Kau kurniakanlah aku segenggam benih tabah
Untuk ku semai menjadi sepohon kekuatan
Yang berbuahkan semangat...

Ya Allah
Sungguh engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku
Aku hanya mampu melakukan yang terbaik
Dalam berjuang merempuh medan dugaan ini
Namun yang terbaik itu
Hanya dariMu

Ya Allah
Aku mohon kepadaMu
Berikanlah aku secebis ketenangan
Untuk ku jadikan bekal di dalam perjuangan

Ya Allah
Aku bersyukur kepadaMu
Kerana dalam jutaan manusia
Engkau memilihku untuk menghadapi dugaanMu

Alhamdulillah

meminati karya-karya yang berseni tetapi belum bermakna seseorang itu pandai berkarya...bila terbaca karya yang sama maknanya dihati..akan terus dipetik dan disemat disini..syukran pada yang  membuat karya ini :)

Saturday, May 19, 2012

Mulianya dirimu

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..hanya padaMu teMpat aku bergantung..

Alhamdulillah..hari ini sungguh cerah..tenang dan mendamaikan..aku memulakan langkah..berjalan ketapak konvo untuk menguruskan gerai jualan persatuan kami..niat di hati mulanya nak naik bas je..tapi..dengan suasana yang tenang dan damai ini membuatkan aku mematikan niat tersebut..kan elok berjalan kaki sambil menikmati udara pagi =)..aku berjalan perlahan-lahan melalui tepian kompleks sukan..menaiki tangga batu yang tinggi..dan sampai ke padang kawad..fuhh..tercungap-cungap..dah lama tak exercise..haha..zaman taekwando dah lama ditinggalkan..stamina pun dah makin kurang..
padang kawad sesak dengan kereta keluarga yang ingin meraikan kejayaan anak mereka di majlis konvokesyen hari ini..gembiranya mereka :)aku terus berjalan..menaiki tangga ke stadium..di situ juga sesak dengan kereta-kereta tetamu dan keluarga graduan..masing-masing membawa jambangan bunga untuk dhadiahkan kepada ahli keluarga mereka yang berjaya..anak-anak kecil riang bermain belon..seronok aku melihat keriangan anak-anak kecil ini.
perjalanan diteruskan..aku perlu melalui stadium yang luas dan menaiki tangga yang tinggi sebelum sampai ke Dewan Konvokesyen. Suria pagi mula menyebarkan cahaya vitaminnya..terik terasa pabila berjalan di tengah stadium. Sampainya di anak tangga panas mentari terus membahang..ingin terus aku menapak naik dek bahang yang semakin terasa..tetapi aku segera mengundurkan diri..menapak mengundur ke bawah apabila aku melihat nun di tengah-tengah tangga seorang anak sedang memimpin seorang mak cik tua turun melalui tangga yang sempit dan tinggi itu. Aku terus menanti di kaki tangga sehinggalah mereka semakin hampir ke bawah..sebenarnya masih ada laluan lain yang boleh aku lalui tetapi entah kenapa aku terpaku disitu.mataku terus melihat mereka berdua. Fikiranku mungkin makcik ini seperti emak..sakit-sakit urat di sekitar badan membuatkan beliau terpaksa dipimpin..namun apabila mereka semakin menghampiri bawah..aku terdengar suara mereka..

"banyak lagi ke?".."xbanyak dah satu je lagi."kemudian kakinya dihulurkan perlahan-lahan untuk menapak di anak tangga seterusnya..lelaki itu terus memimpin ibunya turun..kemudian dia memandangku sambil berkata "mintak maaf ye dik..lama kena tunggu" "eh,xpe..saya bukan nak cepat." aku segera menjawab untuk menghilangkan serba salah yang dirasainya.
Tiba-tiba mak cik itu bersuara.."ramai ke orang belakang kita Din..kesian diorang lambat sebab mak..maaf ye..mak cik xnampak." Dia terus tersenyum turun meniti satu persatu anak tangga dengan lebih cepat sehingga hampir terjatuh kerana memikirkan ramai orang dibelakangnya tidak dapat turun. hakikatnya tiada siapa dibelakangnya..hanya aku yang menantinya di bawah. Wajah mak cik ini tenang dan  dihiasi dengan senyuman. kelihatan kegembiraan diwajahnya mungkin kerana dapat 'melihat' anaknya berjaya. 

Aku menanti sehingga mereka hilang daripada pandanganku. Sebak..sayu..segalanya terbuku  di hati. Subhanallah..hebatnya kekuasaanMu..matanya celik tetapi pandangannya tiada..dia memikirkan keadaan orang lain tanpa menghiraukan keadaannya yang hampir terjatuh..dia memikirkan keadaan anaknya lebih daripada dirinya..mulianya seorang ibu..dia hadir untuk 'melihat' anaknya menaiki pentas mengambil anugerah..memakai jubah graduasi..dengan menggunakan mata hatinya. dia terus tersenyum dengan kesusahan yang dilaluinya tetapi hatinya puas apabila mendengar anaknya telah berjaya.


Subhanallah..MULIANYA SEORANG IBU ...

Wednesday, February 8, 2012

..::lorong kemuliaan::..

 
Sejak namamu menggetar rasa
Ku tunggu dan nanti kelibat mimpi
Jika diizinkan rela aku diburu deretan imbasan mimpi-mimpi
untuk bertemu dirimu Ya Rasulullah...

Sudah ku tahu kaulah utusan terakhir
Tapi aku masih jadi pelari sepi
Begitulah kehidupan ini
Gurun mana yang tidak tandus dan kering
Pantai mana yang tidak berombak dipukul gelora

Terpancar sejalur cahaya dari lorong
Tika aku merenung pagi yang cerah
yang  sekadar datang dan pergi
Lamunanku tersentak lalu aku mendongak
Gemuruh rasa menggamit dosa-dosa silam
Lalu ku khabarkan pada angin
Bawalah dedaunan kering
jauh dari hidupku

Tercalit secebis lontaran cinta gerangan kekasih Allah
yang memukau mata hati 
Meskipun aku hanya sekadar cuba menangkap bayang-bayangnya
Lebih malang mereka yang jatuh ke lembah sepi dan berduri

Mulia...begitulah namamu
Mulia...begitulah jiwamu
Aku hina di hadapanmu
Aku mulia dengan kemuliaanmu...

nukilan insan dihati :)

Monday, January 2, 2012

PATAH HATI

Kau tidak seperti dulu
yang ku kenali dulu
rupa hilang seri
manakah manisnya..

kau tidak seperti dulu
yang ku kenali dulu
madah tak berlagu
manakah girangnya

patah hati
jangan terdampar sepi
jangan tersungkur mati

patah hati
jangan leburkan mimpi
jangan memakan diri

bukankah Tuhan ciptakan malam
untuk beradu menanti siang
bukankah Tuhan titiskan hujan
menanti limpah kemarau panjang...

alunannya kian sayu...sesayu hati ini..Allah..benar kata2 lagu ini..aku tidak seperti dulu..pabila dihimpit dengan ujian...hati aku patah..lemah..tersungkur..tatkala melihat yang lain berlari laju..aku masih cuba untuk merangkak..meniti semula jalan ketaqwaan..membina semula benteng keimanan..

bukankah Tuhan ciptakan malam untuk beradu menanti siang...bukankah Tuhan masih berikan nikmat walaupun pelbagai dosa telah aku lakukan...hinanya diri ini hanya mengharapkan nikmat Illahi tetapi masih tidak malu melakukan dosa..Allah..ampunilah dosa-dosaku..tingkatkanlah keimanaku..teguhkan ketaqwaanku..utuhkan kakiku untuk terus berdiri dijalan dakwahMu...

Bukankah Tuhan titiskan hujan menanti limpah kemarau panjang..hebat kuasaMu Ya Rabb..kau hadirkan insan2 di kala ku memerlukan..kau hadirkan insan2 yang mengharapkan bimbinganku..walaupun hakikatnya aku masih terkapai-kapai..mencari kekuatan..kau hadirkan penyejuk mataku..sungguh..menitis air mataku..tika melihat adik2ku mula berubah..seolah-olah mereka datang kepadaku membawa bekas kosong untuk diisi..menghirup lautan ilmu bersama-sama..moga Allah tetapkan hati kita bersama..

tahun mula menginjak angka..mulakan dengan semangat baru..seikhlas hati..diri ini ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali..especially, my family.. my lovely mak..yang xmungkin dilupakan setiap saat dlm hidupku..ayah y dikasihi..adk beradik yang sentiasa mendoakan adik bongsumu ni, sedara mara..p.cik utk semua sumbangan..aunty dengan hadiah2mu yang sarat dengan kasih sayang..guru2 SKS, SMAPK yang sentiasa mendoakan ..lect asasi law UITM MERBOK, n BLS UITM S.ALAM..sahabat-sahabat seperjuangan yang telah sama2 memerah keringat, merawat luka dan menghunus senjata di medan pertempuran(macam askar la plak =,=)..kawan2 SMAPK yang sentiasa dihati..kwn2 SKS yg sentiasa meriah di group fb..n semua follower blog ini or yg tersinggah n terbaca post ini..finally, pohon maaf juga kepada syabab yang ditentukan Allah untukku..diri ini masih perlu dibentuk sebelum menjadi sayap kirimu nanti..

serendah hati..terima kasih untuk semua jasa-jasa kalian yang mungkin xdapat ditulis satu persatu disini (terlalu banyak)..hanya Allah yang dapat membalasnya..doakan kejayaan sy dalam final exam untuk menjadi future lawyer bermula esok 4/01/2011 till 16/01/2011 dan exam utk menjadi future ahli Jannah bermula 1991 till masa yang telah ditetapkan...^_^ 


Friday, December 2, 2011

Ketika Muslimah TERLUKA


Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menghapus air matanya dengan imannya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesadarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya


Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku2 hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar..

Ketika hati seorang muslimah terluka, dirinya tetap menjadi MUSLIMAH…

~TERATAK COKLAT MAWAR~


Friday, November 18, 2011

kamu mesti kuat

Assalamualaikum wbt

salam sayyidul ayyam..penghulu segala hari..hari yang penuh keberkatan..penuh kerahmatan dariNya..
hari yang mungkin punya kisah suka atau duka dalam hidup seseorang..yang mungkin dicatat sebagai hari yang bermakna..mungkin juga dibiarkan didalam kotak ingatan agar suatu hanri nanti memori ini akan luput dimamah waktu dan usia...pastinya segalanya telah ditakdirkan untuk kita oleh Pencipta yang Maha Adil lagi Saksama...Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita...

kaki ini terus melangkah..meniti satu persatu cantuman bata yang disalut simen di tepi terusan besar ciptaan manusia..air yang deras menghanyutkan sampah-sampah buangan manusia juga daun-daun kayu yang gugur dari rantingnya..jalan diantara terusan dan blok kolej teratai ini hanya berlantaikan rumput dan tanah..hujan yang turun saban hari menjadikan kawasan ini ditakungi air dan berlecak membuatkan kakiku lebih selesa bertapak di tepi2 tebing terusan ini ..bunyi air yang mengalir deras seolah2 seperti air terjun yang mengalir laju dilereng-lereng bukit...menenangkan dan menyegarkan...kitab merah yang dibawa kupeluk erat dibawah lapisan tudung...agar tidak dicium oleh rintik2 hujan yang kian membasahi pakaianku..tiba-tiba mata ini terpandang panorama yang indah ciptaanNya..dengan suasana yang menyegarkan..diserikan dengan pokok-pokok yang menghijau..kaki ini berhenti seketika dibawah lindungan bumbung kolej...mata ini belum puas melihat keindahan panorama petang sebegini..

"tweet..tweet"...suatu bunyi terbit dari beg sandangku...menandakan inbox message menerima kehadiran message yang baru.."tweet..tweet" bunyi itu diulang lagi...

segera aku mengambil mobil sony ericson yang kian uzur...punat2 ditekan..dan menerbitkan baris kata dari si penghantar..

"ummu, nanti kita boleh jumpa semula x adik beradik kita di akhirat nanti?"
"saya nak jumpa die."

Allah...soalan-soalan yang meruntun jiwa dari seorang sahabat yang baru kehilangan abang kesayangannya pagi tadi...aku terkedu..terkenangkan dirinya...seorang sahabat yang punya 1001 rahsia...yang melalui liku-liku kehidupan yang mencabar sejak kecil..tetapi masih mampu tersenyum dan ceria..tiada siapa mampu membaca maksud yang tersirat dibawah senyuman manisnya...dan takdir Ilahi...aku dan dia menjadi sahabat..bertukar-tukar kisah suka duka melalui liku-liku kehidupan...mungkin kerana kisah yang hampir sama..membuatkan kami akrab walaupun kini berbeza bidang...


air mata ini tidak dapat dibendung lagi..Allah...sungguh hebat ujiannya...kuatkanlah hatinya...hanya anak lelaki menjadi tempat mereka sekeluarga bergantung...tetapi Allah telah mengambilnya terlebih dahulu..punat-punat huruf ku tekan..menjawab persoalnnya...ditambah dengan kata-kata semangat agar dia terus tabah..dan sending...alhamdulillah..

mutiara di tubir mata kuseka...hari kian menginjak petang..perjalanan harus ku teruskan sebelum rintik hujan mengganas semula..

Ya Allah..kurniakanlah sahabatku ini kekuatan dan ketabahan...permudahkanlah urusannya...peluklah hatinya dengan kasih sayangMu...agar dia bersemangat untuk meneruskan pencarian redhaMu...aminnn

Saturday, October 29, 2011

PEREMPUAN...JANGAN JADI PENGECUT!!

Wahai Perempuan...

JANGAN JADI PENGECUT untuk labuhkan tudungmu hingga menutup dada...
JANGAN JADI PENGECUT untuk labuhkan lengan bajumu hingga ke pangkal tangan...
JANGAN JADI PENGECUT untuk melabuhkan seluar atau kainmu hingga ke pangkal kaki..
JANGAN JADI PENGECUT untuk menyarung kakimu dengan kain penutup yang sebaiknya...
JANGAN JADI PENGECUT untuk melonggarkan pakaianmu...
JANGAN JADI PENGECUT untuk memakai pakaian yang tidak jarang...
JANGAN JADI PENGECUT untuk tidak memakai wangi-wangian yang keterlaluan..
JANGAN JADI PENGECUT untuk menyembunyikan perhiasanmu...
  
KERANA...

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anakmu serta wanita-wanita yang beriman agar melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar). Cara itu lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik-baik). Maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha mengasihani."
< Al-Ahzab:59 >

KERANA...

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
" Dua jenis manusia penghuni Neraka yang aku tidak melihatnya. Golongan orang yang memegang cemeti menggerakkan seperti ekor lembu memukul manusia, dan golongan perempuan yang memakai pakaian tetapi bertelanjang yang menarik pandangan lelaki serta memalingkan pandangan kepada lelaki, kepalanya (rambutnya) seperti bonggol unta Khurasan, mereka tidak akan masul syurga dan tidak mencium bau semerbaknya dan sesungguhnya bau syurga itu sejauh perjalanan demikian."
(Hadith Riwayat Muslim: no. 2128)

KERANA...

Aisyah r.a telah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma' pernah hadir ke rumah Rasulullah s.a.w dengan pakaian nipis sehingga nampak kulitnya, Rasulullah s.a.w berpaling dan bersabda:
" wahai Asma', sesungguhnya seorang wanita apabila sudah baligh, dia tidak patut meperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini."(Baginda menunjukkan pada muka dan kedua-dua tapak tangannya)
 < Hadith Riwayat Abu Daud >

KERANA...

Dari Abu Musa Al-Asy'ari r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
" Siapapun wanita yang memakai wangi-wangian, lalu ia melalui kaum lelaki agar mendapat baunya, maka ia adalah penzina."
(Hadith Riwayat An-Nasai, Abu Daud dan AtTirmizi )

KERANA...

"Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan"
( An-Nur:13 )

AYUH PEREMPUAN...


JANGAN JADI PENGECUT UNTUK MENJAGA AURATMU... 
JANGAN JADI PENGECUT UNTUK MELINDUNGI MARUAHMU...
JANGAN JADI PENGECUT UNTUK BERUBAH MENGIKUT SYARIATNYA...

KERANA...

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa..."
< Ali-Imran, 3:133 >

KERANA...

aku juga perempuan lemah dan tidak sempurna sepertimu...aku juga sentiasa mengharapkan keampunan dari Yang Esa..aku juga mengharapkan seorang insan untuk membimbingku...dan aku inginkan kita bersama-sama menikmati SyurgaNya nanti..insyaAllah..